
TERMA & SYARAT PERTANDINGAN
1) Pertandingan ini terbuka kepada 3 kategori :
Kategori PRA Sekolah : 4 - 6 Tahun
Kategori Sekolah Rendah Tahap 1 : 7 - 9 Tahun
Kategori Sekolah Rendah Tahap 2 : 10 - 12 Tahun
2) Yuran Penyertaan adalah RM5 seorang.
3) Para peserta perlu membawa alatan dan alas mewarna serta tikar.
4) Alatan yang boleh dibawa pensil warna sahaja. Warna air (watercolour) dan crayon tidak dibenarkan.
5) Keputusan hakim adalah muktamad.
6) Semua penyertaan akan menjadi hak milik penganjur & pihak penganjur berhak menggunakan lukisan tersebut tanpa sebarang persetujuan.
7) Hadiah disediakan untuk pemenang nombor 1- 3 dan 7 saguhati.
8) Borang penyertaan ini hendaklah dihantar sebelum 26 OGOS 2026.